Panduan Mudah Menganalisis Laporan Kewangan Perniagaan

Panduan Mudah Menganalisis Laporan Kewangan Perniagaan

Idea di dalam buku ini digarapkan secara padat bagi memudahkan para usahawan dan pelabur yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan pelaburan untuk memahami segala selok-belok ilmu asas perakaunan bagi memudahkan mereka untuk membaca dan membuat analisis ke atas Laporan Kewangan Perniagaan.

 

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Panduan Mudah Menganalisis Laporan Kewangan Perniagaan
Author: Liyana Hazwani Johari
Harga: RM30.00 ISBN: 978-967-461-825-4

Buku ini merangkumi beberapa idea utama berkenaan kepentingan mengurus tadbir akaun perniagaan dengan lebih sistematik dan betul seperti senarai semak urus tadbir sistem perakaunan bagi perniagaan atau syarikat, istilah-istilah perakaunan dan perniagaan yang digunakan bermula daripada dokumen sumber hingga kepada Penyata Kewangan Syarikat, memahami sesuatu transaksi, cara untuk membaca Laporan Kewangan Perniagaan, cara untuk membuat analisis kewangan perniagaan, maklumat percukaian dan manfaatnya bagi pihak usahawan, dan peluang ibadah dalam perniagaan.

Ilmu perakaunan ini sangat luas dan banyak cabangnya. Buku ini lebih memfokuskan kepada ilmu asas perakaunan kewangan serta beberapa maklumat berserta berkenaan perakaunan pengurusan percukaian. Buku ini bukan sahaja sesuai untuk para usahawan, ia juga boleh dibaca dan dijadikan panduan oleh para pelajar perakaunan dan perniagaan, dan juga bakal-bakal pelabur serta rakan kongsi perniagaan di luar sana. Jangan tersalah membaca laporan perakaunan perniagaan. Untung tidak semestinya perniagaan itu bagus, mungkin jualan secara kreditnya banyak dan jumlah hutang lapuk syarikat juga banyak. Mungkin juga liabiliti syarikat melebihi aset yang sedia ada. Yang lebih merisaukan adalah usahawan sendiri mengatakan apa yang memberi keuntungan kepada perniagaan ialah aset, manakala rugi ialah liabiliti. Hal ini adalah konsep yang salah. Kepada para pelabur pula, jadilah pelabur berilmu.

  • Hits: 434