Soalan Lazim/ FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

Penerbitan Buku / Book Publishing

{slider title="1) Kelulusan dan Peranan Jawatankuasa / Approval and Role of the Committee" class="blue" open="false"}

1. Siapakah pihak yang terlibat dalam penerbitan sesebuah buku di Universiti Sains Malaysia (USM)? Who is involved in the publishing of a book at Universiti Sains Malaysia (USM)?

Jawatankuasa Penerbitan Universiti (JPU), Jawatankuasa Sidang Pengarang Sains & Sastera (JSP) dan Penerbit USM. JSP Sains bertanggungjawab untuk penerbitan buku dalam bidang sains, teknologi dan perubatan manakala JSP Sastera bertanggungjawab untuk penerbitan buku dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial.

The University Publishing Committee (JPU), Sciences & Arts Editorial Committee (JSP) and USM Press. The Sciences Editorial Committee is responsible for publishing books under the field of science, technology and medicine, while the Arts Editorial Committee is responsible for publishing books in the field of humanities and social sciences.

2. Apakah peranan JSP dalam penerbitan buku? What is the role of JSP in book publishing?

a. Menerima manuskrip untuk pertimbangan / Receiving manuscripts for evaluation

b. Mencari penilai / Finding reviewers

c. Mempertimbangkan laporan penilai / Evaluate reviewers’ reports

d. Melaporkan perkembangan aktiviti kepada JPU / Reporting publishing activities to JPU

e. Membuat syor kepada JPU tentang penambahbaikan dan perubahan yang berkaitan dengan dasar / Making recommendations to JPU regarding any improvements and changes that are related to the policy

3. Apakah peranan ahli JSP dalam penerbitan buku? What is the role of JSP members in book publishing?

a. Menguar-uarkan peluang penerbitan kepada pensyarah di pusat pengajian masing-masing / Help communicate the latest publishing opportunities to lecturers at their respective schools

b. Mewujudkan inisiatif awal untuk mengadakan program pembinaan manuskrip pada peringkat pusat pengajian / Initiate the effort to organise programmes for manuscript acquisition at school level

c. Membantu menyampaikan maklumat terkini berkenaan penerbitan kepada pensyarah di pusat pengajian masing-masing / Help provide the latest information regarding publication to lecturers at their respective schools

d. Menghadiri mesyuarat JSP yang bersidang 4 kali setahun / Attend JSP meetings that are held 4 times a year

e. Mempertimbangkan manuskrip untuk penerbitan / Evaluate manuscripts for publication

f. Mencadangkan penambahbaikan berkenaan dasar penerbitan untuk dimajukan kepada JPU / Suggest improvements related to publishing policies to be forwarded to JPU

g. Melaporkan aktiviti penerbitan yang dilaksanakan pada peringkat pusat pengajian / Report publishing activities carried out at school level

4. Apakah peranan Penyunting Kehormat dalam penerbitan buku? What is the role of Honorary Editor in book publishing?

Mempengerusikan mesyuarat JSP, mencadangkan/menentukan penilai yang sesuai dan mempertimbangkan laporan penilai / Chairs the JSP meetings, suggests/determines suitable reviewers and evaluates the reviewers’ reports for publication approval

{slider title="2) Penilaian / Review" class="blue"}

5. Bagaimanakah penilaian sesebuah manuskrip dilakukan? How is a manuscript reviewed?

Manuskrip dinilai oleh sekurang-kurangnya dua orang pakar bidang yang dilantik oleh JSP dan penilaian dilakukan secara blind review / A manuscript is reviewed by at least two field experts appointed by JSP (blind review)

6. Berapa lamakah tempoh yang diberi untuk menilai sebuah buku? How much time is given to evaluate a book?

8 minggu / 8 weeks

7. Berapa lamakah tempoh yang diberi kepada pengarang untuk memberi maklum balas kepada komen dan cadangan penilai? How much time is given to the author(s) to respond to the comments and suggestions made by the reviewers?

2 minggu / 2 weeks

8. Berapa lamakah tempoh yang diberi kepada pengarang untuk membuat penambahbaikan manuskrip berdasarkan komen dan cadangan penilai? How much time is given to the author(s) to make improvements on the manuscript based on the comments and suggestions made by the reviewers?

Satu hingga tiga bulan bergantung kepada tahap penambahbaikan yang diperlukan / One to three months, depending on the extend of improvements needed

9. Setelah penambahbaikan diluluskan oleh JSP, berapa lamakah tempoh yang diberikan kepada pengarang untuk menyerahkan manuskrip lengkap kepada Penerbit USM untuk proses penerbitan? After the improvements have been approved by JSP, how much time is given to the author to submit the complete manuscript to USM Press for the publishing process?

Sebulan / One month


{slider title="3) Permohonan Menerbitkan Buku / Book Publishing Proposal" class="blue"}
   

10. Bagaimanakah caranya jika saya hendak menerbitkan sebuah buku dengan Penerbit USM? What is the procedure if I want to publish a book with USM Press?

Mengisi Borang Cadangan untuk Menerbitkan Buku secara atas talian di https://epenerbit.usm.my atau memuat turun borang daripada laman web di http://www.penerbit.usm.my dan menghantarnya ke e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / Fill in the online Book Publication Application Form at https://epenerbit.usm.my or download the form from this website; http://www.penerbit.usm.my and email the completed form to This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

11. Perlukah manuskrip disertakan bersama-sama dengan borang permohonan? Must the manuscript be included together with the application form?

Untuk kelulusan secara dasar, manuskrip tidak perlu disertakan. Namun sekiranya manuskrip sudah sedia, penghantaran manuskrip boleh mempercepatkan proses kelulusan. / For basic approval, the manuscript does not have to be included. However, if the manuscript is ready, including the manuscript could accelerate the approval process.

12. Apakah kriteria yang perlu dipenuhi untuk menjadi seorang penulis buku? What are the criteria that must be fulfilled to become an author?

Terlibat secara langsung dalam merangka dan menulis, boleh bertanggungjawab terhadap kandungan yang dihasilkan dan terlibat secara langsung merangka penyelidikan yang menghasilkan penulisan tersebut. / An author must be directly involved in drafting and writing, capable of being responsible with the content produced, and directly involved in planning the research that produces the writing.

13. Apakah kriteria yang perlu dipenuhi untuk menjadi seorang editor buku? What are the criteria that must be fulfilled to become an editor?

Mengumpul dan menyunting kandungan dan persembahan buku, menulis bab pengenalan dan penutup buku, menyumbang penulisan sekurang-kurangnya satu bab, boleh bertanggungjawab terhadap kandungan buku secara keseluruhannya. / An editor must collect and edit the contents and presentation of the book, write the introduction and conclusion pages, contribute at least one chapter, and be responsible for the content of the entire book.

14. Apakah fungsi seorang editor buku? What are the roles of an editor?

Merangka penulisan, mencari penulis, menyelaras penulisan, menyunting kandungan buku, menyedia dan mengawas jangka masa penulisan, menyediakan bab pengenalan dan penutup, menyediakan indeks, dan berurusan dengan penerbit bagi pihak semua penulis. / An editor drafts the writing, finds writers, balances the writing, edits the contents, prepares and monitors the writers’ timeline, prepares the opening and closing chapters, prepares the index, and deal with the publisher on behalf of all authors.


{slider title="4) Proses Kerja Penerbitan / Publishing Work Proces" class="blue"}

15. Apakah proses kerja yang berlaku dalam penerbitan buku? What are the processes involved in book publishing?

Rujuk kepada carta alir prosedur permohonan dan prosedur kerja editorial. / Refer to the flow chart for application procedure and editorial work procedure.

16. Berapa lamakah proses penerbitan sesebuah buku setelah judul buku diluluskan oleh Jawatankuasa Sidang Pengarang (JSP)? How long is the book publishing process after a book title has been approved by the Editorial Committee (JSP)?

Selewat-lewatnya sembilan bulan setelah manuskrip yang lengkap dan bersih diterima. / At the latest, nine months after completed and final manuscript is received.

17. Apakah tanggungjawab pengarang semasa proses penerbitan sesebuah buku? What are the responsibilities of the author during the publishing process of a book?

Menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh editor naskhah dalam tempoh yang ditetapkan, menyemak dan memperakui cadangan penambahbaikan oleh editor naskhah dan menyemak indeks. / To answer the queries asked by the copy editor within the time limit given, revise and acknowledge the suggestions for improvement made by the copy editor, and to check the index.

18. Apakah tanggungjawab pengarang selepas buku terbit? What is the responsibility of the author after the book is published?

Mempromosi buku. / To promote the book.

19. Bilakah perjanjian antara pengarang dengan Penerbit USM dimaterai? When will the agreement between the author and USM Press be signed?

Selepas judul buku diluluskan oleh JSP. / After the book title is approved by JSP.

{slider title="5) Percetakan Buku / Book Printing" class="blue"}

20. Siapakah yang menanggung kos penerbitan buku jika saya menerbitkan buku dengan Penerbit USM? Who shall bear the printing cost if I publish my book with USM Press?

USM, kecuali kategori Penerbitan Khas dan buku yang melibatkan kos penerbitan yang tinggi. / USM, except books under the Special Publications category, and books that have high publication costs.


{slider title="6) Royalti / Royalty" class="blue"}

21. Bagaimanakah kaedah pengiraan royalti Penerbit USM? How do I calculate the royalty received from USM Press?

15% × pendapatan bersih jualan (bagi jualan hingga 1,000 naskhah)
20% × pendapatan bersih jualan (bagi jualan ke 1,001 naskhah dan lebih)

Buku bercetak:
Pendapatan bersih jualan = (harga runcit – purata diskaun – kos penghantaran) × bilangan naskhah terjual

Buku elektronik:
Pendapatan bersih jualan = pendapatan jualan yang diterima daripada ejen jualan buku elektronik

Bagi karya yang dihasilkan oleh lebih daripada seorang pengarang, pembayaran royalti akan dibahagikan kepada semua pengarang dengan syer yang sama atau sebarang persetujuan bertulis lain oleh semua pengarang dan persetujuan bertulis tersebut dikemukakan kepada pihak Universiti (Penerbit USM).

15% × nett sales (for sales of up to 1,000 copies)
20% × nett sales (for sales of 1,001 copies and above)

Printed book:
Nett sales = (retail price – discount average – delivery cost) × number of copies sold

Electronic book:
Nett sales = nett sales received from electronic book aggregator

For the work produced by more than one author, the payment of royalty will be equally distributed among authors, or subjected to agreed percentages between all authors. If the work is an essay collection compiled by an editor who represents all contributors, the distribution of royalty will be at the rate of 25:75, with 25% for the editor, and 75% to be shared among the contributors. The agreement between authors must be submitted in writing to the University (USM Press).

22. Bilakah royalti dibayar kepada pengarang? When will the royalty be paid to the author?

Pembayaran royalti akan dilakukan setahun selepas buku diterbitkan, dan apabila jumlah royalti terkumpul mencecah RM100.00 bagi pengarang tempatan atau USD50.00 bagi pengarang dari luar negara. Sekiranya jumlah royalti terkumpul belum mencecah RM100.00 bagi pengarang tempatan atau USD50 bagi pengarang dari luar negara, amaun tersebut akan dibawa ke tahun berikutnya. Pengarang akan dimaklumkan jumlah royalti terkumpul melalui emel dan surat ke alamat yang diberikan secara tahunan hingga tahun ketujuh penerbitan. Sepanjang tempoh ini, pengarang bertanggungjawab memaklumkan pihak Universiti (Penerbit USM) sekiranya ada sebarang perubahan berkaitan alamat emel dan surat menyurat.

Payment of royalty will be issued one (1) year after the book is published, and after the royalty amount reaches RM100.00 for local author or USD50.00 for international author. If the amount of royalty has not reached the stated value, the amount will be carried over to the following year. Author will be notified of the royalty amount through given email and mailing addresses on a yearly basis until the seventh year after the book is published. Throughout this period, author is responsible to notify the University (USM Press) if there are changes regarding email and mailing addresses.

23. Berapakah bilangan naskhah buku yang diberi sebagai hadiah kepada pengarang untuk setiap judul? How many copies of books does the author receive as a gift, for each title?

Karya asal / Authored book: 10 naskhah / 10 copies

Karya suntingan / Edited book: 1 naskhah kepada setiap editor, terhad kepada 2 naskhah untuk setiap judul / 1 copy for each editor, limited to 2 copies per title


{slider title="7) Buku Elektronik / Electronic Books" class="blue"}

24. Adakah Penerbit USM menerbitkan buku elektronik? Does USM Press publish electronic books as well?

Ya. Buat masa ini ia diterbitkan dalam format ePub. / Yes. For now, they are in the ePub format.

25. Apakah kriteria untuk sesebuah buku diterbitkan sebagai buku elektronik? What is the criteria for a book to be published as an electronic book?

Bergantung kepada pertimbangan mesyuarat JSP daripada segi kesesuaian penerbitan dan potensi pasaran. / It depends on the decision made in JSP meetings, based on the suitability and market potential.

26. Adakah prosedur penerbitan buku elektronik sama dengan penerbitan buku bercetak? Is the publishing procedure for electronic books the same as printed books?

Ya / Yes

27. Apakah jenis-jenis buku yang tidak sesuai untuk diterbitkan secara elektronik? What are the types of books that are not suitable to be published in electronic version?

a. Buku mewah (faktor reka letak perlu dikekalkan) / Coffee-table books (the layout design must be retained)

b. Buku terjemahan / Translated books

c. Buku usaha sama penerbitan dengan organisasi luar / Books published in collaboration with external organisation

d. Buku yang mempunyai terlalu banyak persamaan matematik, simbol fonetik dan karakter khas bahasa asing / Books with too many mathematical equations, phonetic symbols and special characters for foreign languages

28. Apakah maklumat tentang penyediaan dan penyerahan manuskrip yang perlu diketahui dan dipatuhi pengarang/editor? What information does the author/editor need to know and abide, about the preparation and submission of manuscript?

Rujuk panduan kepada pengarang, Guide for Authors / Refer to the author’s guide, Guide for Authors

29. Jika buku saya diterbitkan dalam bentuk elektronik, adakah saya boleh mendapatkan salinan e-buku tersebut untuk simpanan saya? If my book is published electronically, can I get a copy of the e-book for my personal use?

Tidak. Penulis perlu membeli e-buku tersebut daripada pengedar buku elektronik kami jika ingin mendapatkan salinan buku untuk simpanan sendiri. / No. Authors have to buy the e-book from our e-book aggregators for personal use.

30. Bolehkah saya memohon untuk menerbitkan buku dalam bentuk e-buku sahaja? Can I apply to publish books in e-book version only?

Boleh. Namun begitu, kelulusan tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Sidang Pengarang Sains/Sastera berdasarkan keperluan dan kesesuaian judul tersebut. Jika anda memohon untuk menerbitkan buku dalam bentuk e-buku sahaja, tetapi judul tersebut diluluskan dalam bentuk bercetak dan elektronik, anda tidak perlu membayar sebarang kos untuk percetakan buku.

Yes. However, the approval is subject to the discretion of the Sciences/Arts Editorial Committee based on the needs and suitability of the title. If you request to publish the book in e-book version only, but the title is approved for both printed and e-book versions, you do not have to incur the costs for the book printing.

31. Adakah penerbitan e-buku lebih mudah dan cepat berbanding penerbitan buku bercetak? Is e-book publishing easier and faster than printed book publishing?

Dalam kes tertentu, penerbitan e-buku adalah lebih mudah dan cepat disebabkan kesesuaian dan keperluan judul tersebut, contohnya buku dalam bidang perubatan yang perlu diterbitkan segera untuk mengelakkan maklumat lapuk.

Karya yang ringkas dan lebih nipis juga berkemungkinan tinggi mudah untuk diuruskan dan diterbitkan dengan cepat berbanding karya yang tebal dan mempunyai keperluan khusus. Justeru, penulis digalakkan untuk menghubungi pegawai penerbitan kami dahulu untuk mendapatkan khidmat nasihat terperinci berkenaan karya masing-masing.

In some cases, the publication of e-books is easier and faster due to the suitability and requirements of the title, for example books in the field of medicine that need to be published immediately to avoid outdated information.

Shorter and thinner manuscripts are also more manageable and may be published quickly compared to thicker manuscripts that required special specifications. Therefore, authors are encouraged to contact our publishing officers beforehand to get consultations on on their manuscripts.

{slider title="8) Lain-lain / Others" class="blue"}

32. Saya tidak pernah menulis buku sebelum ini. Bolehkah saya mendapatkan tunjuk ajar daripada pihak Penerbit USM berkenaan penerbitan buku? / I have never written a book before. May I receive guidance from Penerbit USM on book publishing?"

Boleh. Sesiapa yang berminat untuk menerbitkan karya dengan Penerbit USM digalakkan untuk menghubungi kami dan membuat temu janji dengan pegawai yang terlibat agar kami dapat membantu anda menghasilkan karya yang bermutu tinggi.

Yes. Anyone interested in publishing their work with Penerbit USM is encouraged to contact us and make an appointment with the publication officer so that we can help you to produce a high-quality work.

33. Adakah saya perlu menghantar manuskrip lengkap bersama borang permohonan penerbitan buku? Do I need to submit a complete manuscript with The Proposal Form to Publish Books?

Manuskrip tidak wajib dihantar semasa penulis menyerahkan borang permohonan penerbitan buku. Namun begitu, borang yang dihantar bersama manuskrip lengkap dapat membantu pihak Penerbit untuk membuat semakan awal dan mempercepat proses kelulusan.

You are not obligated to submit a complete manuscript when submitting the Book Publication Form. However, submission of both the form and manuscript may help Penerbit USM to do initial evaluation and speed up the approval process.

34. Adakah Penerbit USM menerbitkan novel dan buku cerita kanak-kanak? Does Penerbit USM publishes novels and children’s story books?

Tidak. Penerbit USM hanya menerbitkan karya ilmiah dalam kategori penerbitan tertentu (klik Kategori Penerbitan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kategori penerbitan kami).

No. Penerbit USM only publishes scholarly writings in certain publication categories (click Publication Category for detailed information on our publication category).

35. Adakah Penerbit USM hanya menerbitkan karya yang dihasilkan oleh warga USM sahaja? Does Penerbit USM only publishes writings produced by USM staff only?

Tidak. Penerbit USM menerima permohonan untuk menerbitkan buku daripada sesiapa sahaja mengikut kesesuaian kategori penerbitan dan jenis penulisan.

No. Penerbit USM accepts application to publish books from anyone who are interested depending on the suitability of the publication category and type of writing.

36. Saya mempunyai manuskrip yang sudah disunting dan sedia untuk dicetak. Bolehkah saya menghantarnya kepada Penerbit USM untuk dicetak? I have a manuscript that has been edited and is ready to be printed. Can I send it to Penerbit USM for printing?

Penerbit USM merupakan sebuah organisasi yang menguruskan hal penerbitan, iaitu proses yang merangkumi permohonan penerbitan, penyuntingan, reka letak dan reka bentuk, serta percetakan. Setiap judul yang diterima perlu melalui kesemua proses tersebut di Penerbit USM bagi memastikan setiap karya mematuhi gaya penerbitan Penerbit USM.

Penerbit USM akan membuat semakan terhadap karya yang sudah disunting untuk memastikan kualitinya terjamin dan sesuai dengan keperluan penerbitan ilmiah. Bagi proses percetakan, Penerbit USM tidak mempunyai kemudahan percetakan, dan hanya menguruskan proses percetakan dengan pihak pencetak yang telah dipilih sahaja.

Penerbit USM is an organization that manages publishing matters, which cover the processes from application, approval, editing, layout and design until printing. Each title must go through all these processes at Penerbit USM to ensure that each manuscript complies with Penerbit USM publishing style.

Penerbit USM will review every manuscript to ensure its quality is guaranteed and in accordance with the requirements of scholarly publications. As for the printing process, Penerbit USM does not have printing facilities, and only manages the printing process with selected printers.

37. Mengapakah tempoh kelulusan sesuatu judul mengambil masa yang lama? Why does it take so long to approve the publication of a title?

Kelulusan penerbitan judul tidak diberikan oleh Penerbit USM semata-mata. Setiap permohonan penerbitan buku akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Sidang Pengarang Sains/Sastera yang akan bermesyuarat setiap 3 bulan. Oleh sebab itu, penulis dinasihatkan untuk merancang penulisan dan menghubungi pihak Penerbit USM untuk memastikan proses permohonan tidak tertangguh.

The publication approval of a title is not solely made by Penerbit USM. Each proposal for publishing books will be considered and approved by the Science/Arts Editorial Committee which will have a meeting every 3 months. Therefore, the author is advised to plan the writing and contact Penerbit USM Publisher to ensure that the application process is not delayed.

38. Adakah saya perlu membayar apa-apa kos apabila menerbitkan karya saya dengan Penerbit USM? Do I need to pay any costs when publishing my work with Penerbit USM?

Tidak, kecuali apabila karya anda mempunyai keperluan lain yang tidak disediakan oleh Penerbit USM (contohnya pembelian hak cipta bahan yang digunakan dalam karya atau percetakan berwarna bagi karya yang tidak wajib dicetak secara berwarna).

No, except when your book requires special specifications that are not provided by Penerbit USM (for example, the payment for copyright license to republish materials used in the book or colour printing for works that are not required to be printed in colour).


{/sliders}


 


 



  • Hits: 9159

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM


  • Last Modified:
    Wednesday 20 November 2024, 03:41:17.