Penjagaan dan Pengurusan Asas Kanak-Kanak Palsi Serebrum Siri 5: Komunikasi Lisan

 Siri 5

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Siri 5: Komunikasi Lisan
Pengarang: Aimi Syahidah Zulkipli, Hani Madihah Bahari, Nik Soriani Yaacob
Harga: RM40.00 ISBN: 978-967-461-717-2

Peranan ibu bapa atau penjaga adalah amat besar bagi kelangsungan hidup kanak-kanak, terutama sekali kanak-kanak istimewa palsi serebrum (CP). Namun, tidak semua ibu bapa atau penjaga bersedia dengan tanggungjawab, kemahiran atau pengetahuan yang diperlukan. Tahap ketidakupayaan kanak-kanak yang berbeza-beza serta komorbiditi yang dialami menyulitkan lagi penjagaan mereka. Meskipun peranan dan tanggungjawab ini manjanjikan ganjaran yang besar, ia boleh membawa keletihan fizikal serta emosi.

Siri buku Penjagaan dan Pengurusan Kanak-Kanak Palsi Serebrum bermanfaat untuk semua ibu bapa atau penjaga kanak-kanak CP. Buku-buku ini mengandungi contoh pendekatan praktikal bagi memudahkan peranan ibu bapa atau penjaga agar lebih bebas tekanan dan menggembirakan, serta membantu membina keyakinan diri dan meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak CP. Ahli keluarga lain juga disarankan membaca buku-buku ini agar lebih memahami kesulitan penjagaan kanak-kanak CP dan membantu meningkatkan hubungan kekeluargaan.

Kecederaan serebrum pada kanak-kanak CP boleh menjejaskan bahagian otak yang mengawal pertuturan dan perkembangan bahasa. Hal ini akan menyebabkan masalah komunikasi harian secara lisan atau bukan lisan yang boleh mengganggu emosi dan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Bagi membantu ibu bapa atau penjaga, Siri 5: Komunikasi Lisan memperkenalkan kaedah-kaedah rangsangan pertuturan dan bahasa mengikut kesesuaian kanak-kanak CP pada tahap 1 hingga 3 mengikut umur. Dengan ini, interaksi kanak-kanak CP dengan ahli keluarga dapat dipertingkatkan dan sekali gus meningkatkan keyakinan diri, peribadi dan kesejahteraan emosi kanak-kanak.

  • Hits: 428

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM