Penjagaan dan Pengurusan Asas Kanak-Kanak Palsi Serebrum Siri 6: Komunikasi Bergambar

 Siri 6

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Siri 6: Komunikasi Bergambar
Pengarang: Aimi Syahidah Zulkipli, Nur Diani Sakinah Sulaiman, Nik Soriani Yaacob
Harga: RM40.00 ISBN: 978-967-461-720-2

Peranan ibu bapa atau penjaga adalah amat besar bagi kelangsungan hidup kanak-kanak, terutama sekali kanak-kanak istimewa palsi serebrum (CP). Namun, tidak semua ibu bapa atau penjaga bersedia dengan tanggungjawab, kemahiran atau pengetahuan yang diperlukan. Tahap ketidakupayaan kanak-kanak yang berbeza-beza serta komorbiditi yang dialami menyulitkan lagi penjagaan mereka. Meskipun peranan dan tanggungjawab ini manjanjikan ganjaran yang besar, ia boleh membawa keletihan fizikal serta emosi.

Siri buku Penjagaan dan Pengurusan Kanak-Kanak Palsi Serebrum bermanfaat untuk semua ibu bapa atau penjaga kanak-kanak CP. Buku-buku ini mengandungi contoh pendekatan praktikal bagi memudahkan peranan ibu bapa atau penjaga agar lebih bebas tekanan dan menggembirakan, serta membantu membina keyakinan diri dan meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak CP. Ahli keluarga lain juga disarankan membaca buku-buku ini agar lebih memahami kesulitan penjagaan kanak-kanak CP dan membantu meningkatkan hubungan kekeluargaan.

Siri 6: Komunikasi Bergambar memberikan panduan kepada ibu bapa atau penjaga untuk membentuk komunikasi bersama kanak-kanak CP serta merangsang pembinaan bahasa dengan menggunakan gambar. Kaedah ini sesuai terutamanya bagi kanak-kanak CP yang berada pada GMFCS tahap IV dan V. Kemampuan untuk berkomunikasi membolehkan kanak-kanak CP bergaul dan berinteraksi dengan ahli keluarga atau kanak-kanak lain, sekali gus meningkatkan kesejahteraan emosi dan kualiti hidup kanak-kanak CP serta keluarga.

  • Hits: 1116

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM