Seni dan Reka Bentuk dalam Kearifan Tempatan
Tajuk: Seni dan Reka Bentuk dalam Kearifan Tempatan
Editor: Mohd Asyiek Mat Desa, Norfarizah Mohd Bakhir
Harga: RM29.00 ISBN: 978-967-461-902-2
Buku Seni dan Reka Bentuk dalam Kearifan Tempatan ini meneroka ilmu kearifan tempatan yang menumpukan kepada penggunaan seni dan reka bentuk sebagai medium untuk memulihara seni dan warisan. Seni dan reka bentuk merupakan satu medium yang mengangkat ilmu yang dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain dalam budaya yang semakin pudar. Falsafah di sebalik seni dan reka bentuk yang diamalkan daripada turun-temurun membuktikan bahawa ilmu kearifan tempatan ini sangat tinggi dan setanding dengan peredaran budaya masyarakat. Ilmu kearifan tempatan ini merangkumi kebijaksanaan, pengetahuan, kepercayaan, nilai, amalan dan ajaran Melayu dan Nusantara pada masa lalu dan masa kini adalah unik kepada budaya Melayu dan Nusantara dan masyarakat.
- Hits: 86