Rahsia Gigi Menurut Islam & Sains

Gigi

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Rahsia Gigi Menurut Islam & Sains
Pengarang: Mohd Afifuddin Mohamad, Siti Noor Fazliah Mohd Noor, Husniyati Roslan, Norehan Mokhtar, Noor Naemah Abdul Rahman
Harga: RM35.00 ISBN: 978-967-461-866-7

 

Rahsia Gigi Menurut Islam dan Sains ini menerangkan hubungan antara Islam dan isu sains pergigian moden dengan memberikan pandangan yang mendalam tentang perspektif agama dalam konteks perubahan pesat dalam teknologi dan amalan pergigian. Buku ini memberikan pemahaman yang mendalam tentang ilmu fiqh fatwa yang berkaitan dengan isu pergigian moden serta proses rawatan pergigian terkini. Timbul banyak persoalan berkaitan isu sains pergigian, antaranya:

  • Bolehkah gigi ditampal menggunakan logam emas atau perak?
  • Bolehkan rawatan pergigian dilakukan atas tujuan kecantikan semata-mata?
  • Bolehkan dilakukan rawatan crown dan penanaman gigi palsu pada gusi?
  • Waktu bilakah sesuai untuk terapi bersugi menurut Islam?
  • Apakah teknologi terkini dalam rawatan pergigian yang dibenarkan dalam Islam?

Buku ini membuka dialog tentang cara Islam memandang isu-isu dalam bidang pergigian moden. Ia mempertimbangkan pandangan agama dan menyediakan panduan praktikal untuk masyarakat yang ingin menerapkan prinsip Islam dalam keputusan perubatan atau amalan pergigian moden mereka. Dengan kefahaman ini, pembaca boleh membuat keputusan perubatan lebih selari dengan nilai agama Islam.

  • Hits: 45

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM


  • Last Modified:
    Wednesday 20 November 2024, 03:41:17.