Pelaksanaan Proofreading 101

Proofreading101Siri1bengkel

Universiti Sains Malaysia, 12 April 2016 (Selasa)- Penerbit Universiti Sains Malaysia telah mengadakan Bengkel Proofreading 101. Bengkel sehari ini telah diadakan di Bilik mesyuarat bermula 09.00 pagi dan berakhir pada 4.30 petang. Perjalanan bengkel telah disampaikan oleh Puan Alimie Liman, Pegawai Perancang Bahasa Kanan dan dibantu Puan Norjannah, Penolong Pegawai Penerbitan. Objektif utama bengkel ini adalah memberi pendedahan teknik asas dan amalan-amalan proofreading.

Bengkel seumpama ini akan diadakan sekali lagi pada 30 Mei 2016 (Isnin). Pendaftaran Proofreading 101 Siri 2 hanya dibuka kepada 25 peserta.
Untuk mendaftar peserta boleh ke link berikutnya: http://goo.gl/forms/GlmfxiyPkE

  • Hits: 1112

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM