Enam Jurnal USM Terima Taraf CREAM

CREAM2016

PULAU PINANG, 1 November 2016 – Enam jurnal terkemuka yang membariskan ketua-ketua editor dalam kalangan ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) dan diterbitkan oleh Penerbit USM terpilih menerima Taraf Penyelidikan Terkini di Malaysia (CREAM) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) setelah mempamerkan kecemerlangan tersendiri.

Mendahului senarai adalah Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society yang kali kedua berturut-turut tersenarai sejak taraf CREAM diperkenalkan, sebagai antara jurnal yang meneruskan kualiti terbilang dan diindeks ke Web of Science (WoS).

Dua jurnal yang turut tersenarai dalam kategori Scopus adalah Asian Academy of Management Journal of Accounting and Finance (AAMJAF) (Ketua Editor-Profesor Dato’ Dr. Ruhani Ali) dan International Journal of Asia-Pacific Studies (Ketua Editor- Profesor Dr. Ooi Keat Gin).

Tiga lagi jurnal yang tersenarai bagi kategori Potential Journal adalah Journal of Physical Science (Ketua Editor-Profesor Dr. Abdul Latif Ahmad), Malaysian Journal of Medical Sciences (MJMS)(Ketua Editor-Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah) dan Journal of Construction in Developing Countries (Ketua Editor – Profesor Sr. Dr. Abdul Rashid Abdul Aziz).

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail menyeru agar lebih ramai penulis dan penerbit yang prolifik untuk tampil dan bekerja keras untuk Universiti dan negara. Usaha dan pengiktirafan yang diterima tentunya akan membolehkan dunia tahu apa yang kita lakukan di sini.

“Pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi ini adalah berdasarkan penelitian oleh pihak ketiga iaitu Clarivate Analytics dan Elsevier dan alhamdulillah USM menerima 9 pengiktirafan dan saya berharap akan bertambah lagi pada tahun akan datang,” kata Asma ketika ditemui di Malaysia’s Rising Star Award (MRSA) dan Pengiktirafan Taraf CREAM 2016 di sini hari ini.

“Sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua dan teruskan kecemerlangan,” tambah Asma.

MRSA adalah penganugerahan dan pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang penyelidik saintifik di Malaysia yang menghasilkan penyelidikan dan penulisan ilmiah merangkumi tiga kategori iaitu Young Researcher, Frontier Researcher dan Highly Cited Review.

USM menerima dua anugerah iaitu Young Researcher melalui pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Profesor Dr. Lee Keat Teong dan Highly Cited Review oleh Profesor Dr. Wan Saime Wan Ngah dari Pusat Pengajian Sains Kimia.

Pengiktirafan tertinggi iaitu Malaysia’s Highly Cited Researchers named amongst the World’s Most Influential Scientific Minds 2015 diberikan kepada pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia iaitu Profesor Dr. Bassim H. Hameed bersama dua orang lagi pensyarah dari IPTA lain.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh.

  • Hits: 1268

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM


  • Last Modified:
    Wednesday 20 November 2024, 03:41:17.