Perkongsian ilmu daripada Bahagian Jurnal Penerbit USM dengan Universiti Teknologi Petronas

21894968 10155628257562969 811253778 o

21908079 10155628354202969 1539977282 o

JOURNAL'S EDITORIAL BOARD WORKSHOP
20-21 SEPTEMBER 2017
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Bahagian Jurnal Penerbit USM yang diketuai oleh Puan Fazlina Mohamed Rouse dan Pegawai Penerbitan Kanan Cik Suhana Sobi berkongsi kepakaran, pengalaman dan pendekatan terkini menguruskan jurnal dengan kumpulan ahli akademik dan penyelidik Universiti Teknologi Petronas.

Perkongsian ilmu daripada Bahagian Jurnal Penerbit USM yang sememangnya terkenal di kalangan penerbit-penerbit universiti di Malaysia dan Indonesia yang berperanan menguruskan sejumlah 16 buah jurnal USM yang berprestasi tinggi dan terkemuka. Peranan penerbit yang sentiasa membantu dan membimbing serta sebagai saluran kepada ahli akademik dan penyelidik untuk berkongsi dapatan kajian, idea baru dan kepakaran yang menyumbang kepada penerbitan jurnal.

Semoga usahasama kedua-dua universiti ini dapat memberi hasil yang positif dan kerjasama yang berterusan dari semasa ke semasa.

  • Hits: 1938

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM