Reka Letak Kulit Buku Penerbit USM Yang Berjaya Memukau Hati Peminat Buku

The Beauty Award

MENCIPTA MAGIS DI FRANKFURT: REKA LETAK KULIT BUKU PENERBIT USM YANG BERJAYA MEMUKAU HATI PEMINAT BUKU

“Saya suka reka letak kulit buku penerbit tuan. Ianya ringkas dan saya suka pada idea penggunaan font khufi itu” ujar pemenang anugerah ketika bertemu beliau selepas kemenangan diumumkan.

Im Lict - Im Bild karya oleh penulis German Benhard C Stribel telah memukau hati pengunjung untuk diundi sebagai pemenang.

Kulit buku terbitan Penerbit USM, Moden Mosques in Malaysia: Between Regionalism and Eclectisim, yang tercalon ke peringkat akhir telah direka oleh Pn. Nor Afzan Yahya, turut menerima banyak pujian.

Kulit buku Penerbit USM telah tersenarai dalam senarai akhir 10 reka letak terbaik dalam anugerah The Beauty and the Book Award 2017 anjuran The Book Art Foundation dan Frankfurter Buchmesse 2017.

Kulit buku lain yang turut tersenarai ialah Mein Bienengarten oleh Elke Schwarzer, Don Rosa: I still Get Chills oleh Alex Jakubowski, Lois Lammerhuber dan Don Rosa, Fur den Tieferen Sinn - Duft als Medium in Kunst, Design und Kommunikation oleh Martin Hegel, Matthias Wagner K, Heribert Friedl dan Tobias Jacob, Der geheimnisvolle Koffer von Herrn Benjamin dan buku masakan, Hundebraten süßsauer: Kochbuch der chinesischen Hausmannskost yang kedua-duanya oleh illustrator, Pei-Yu Chang, Alegori Rumah Api oleh Mat Luthfi (PTS), Kias Tersirat: Perantauan Bertemu Melayu & Islam di Dunia Melayu Benua tulisan Herman Abdullah ( Institut Terjemahan & Buku Malaysia) dan Tulis! Jangan Takut-takut oleh Zamri Mohamad (Legacy Publishing).

Penerbit USM amat berbangga dengan pencapaian ini dan mengucapkan tahniah buat semua.

Pemenang

ARTIKEL: MOHD YUSRI KAMARUDDIN

  • Hits: 2280

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM