Taklimat Publishing with Penerbit USM di Pusat Pengajian Pengurusan

USM, 13 Februari 2020 – Bahagian Perolehan, Penerbit USM meneruskan program jerayawara kali ketiga untuk tahun 2020. Kali ini, bertempat di Pusat Pengajian Pengurusan, Puan Nik Nurolaini Nik Mohd Isa selaku Ketua Bahagian Perolehan telah menyampaikan taklimat bertajuk From Ideas to Books: Tips to Get Published by Penerbit USM.

Program ini dihadiri pensyarah daripada pelbagai bidang pengurusan yang berminat untuk mengetahui selok-belok prosedur penerbitan buku dan penyediaan manuskrip mengikut standard penerbitan Penerbit USM. Penerangan teliti yang dimulakan dengan proses permohonan penerbitan sehinggalah pemasaran setelah buku diterbitkan diharap dapat memberi pencerahan serta menarik minat para pensyarah pusat pengajian ini. Selain pertanyaan daripada pensyarah yang baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan, ada juga pensyarah berpengalaman yang sudi berkongsi pahit manis dunia penerbitan.

Penerbit USM amat berbesar hati dengan jemputan kali ini dan berharap dapat memberi pendedahan dan bimbingan berterusan kepada pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan dan juga pusat-pusat pengajian yang lain. Selain mengeratkan hubungan Penerbit USM dan pensyarah, inisiatif ini diharap dapat mengikis keraguan dan membakar semangat bakal penulis untuk menerbitkan karya berkualiti dengan Penerbit USM.

Talk at SOM

  • Hits: 966

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM


  • Last Modified:
    Wednesday 20 November 2024, 03:41:17.