3 Makalah Terbitan Penerbit USM Menang Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013

PULAU PINANG, 20 November 2014 – Tiga makalah, ‘Hang Tuah dalam Hayat Lisan di Air dan Daratan’ karya Muhammad Hj. Salleh, ‘Ritual dalam Lipur Lara dan Folklor Melayu: Tradisi dan Persepsi’ karya Mohamad Luthfi Abdul Rahman dan ‘Daripada Kertas kepada Layar: Transformasi Kisah Hang Tuah dan Sulalat Al-Salatin kepada Puteri Gunung Ledang’ karya Wan Hasmah Wan Teh – dalam buku Sastera dalam Budaya dan Media, Editor: Halimah Mohamed Ali dan Mohamad Luthfi Abdul Rahman terbitan Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2013  telah memenangi Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013.

Dr. Mohamad Luthfi Abdul Rahman dan Puan Wan Hasmah Wan Teh adalah daripada Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.

Majlis Anugerah akan diadakan pada 21 November 2014, jam 8:00 malam di Hotel Pullman Bangsar, Kuala Lumpur.

  • Hits: 736

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM