Penerbit USM menerima kunjungan dari Penerbit UNIMAS

LawatanUNIMAS

26 November 2014, Pulau Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia telah menerima kunjungan daripada Penerbit Universiti Malaysia Sarawak.

Kunjungan seharian ini dimulakan dengan ucapan aluan pengarah Tuan Haji Akhiar Salleh yang memberi latar belakang Penerbit USM dan di selang seli dengan sesi dialog bersama delegasi Penerbit UNIMAS.

Antara yang dibincangkan adalah proses penerbitan di Penerbit USM dan juga sesi perkongsian penerbitan elektronik daripada Penerbit USM oleh Cik Marina Azmi dan Cik Noriyanti Jahaya Pegawai Penerbitan Penerbit USM.

  • Hits: 832

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM