Makmal Pengurusan Penerbitan Elektronik 2015

MakmalPengurusanPenerbitanElektronik

Pulau Pinang, Mac 2015 – Penerbit Universiti Sains Malaysia dengan dengan kerjasama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia telah menganjurkan Makmal Pengurusan Penerbitan Elektronik yang akan berlangsung pada 11 & 12 Mac 2015 di Hotel Vistana, Pulau Pinang.

Makmal ini telah disertai 13 ahli MAPIM yang terdiri daripada penerbit universiti, institusi tinggi dan penerbitan agensi kerajaan. Makmal yang berlangsung dua hari ini memberi pendedahan kepada para peserta proses pengurusan penerbitan elektronik dari peringkat awalan proses penerbitan elektronik sehingga proses pemasaran.

Objektif Makmal:

1) Memberi pendedahan tentang penerbitan elektronik

2) Memberi kefahaman tentang aliran proses kerja dan pengurusan penerbitan elektronik

3) Memberi pengetahuan tentang aspek promosi dan pemasaran elektronik

MakmalPengurusanPenerbitanElektronik1

  • Hits: 754

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM